Tuesday, 9 August 2011

Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah

Apakah Jerawat Sebenarnya?

Dalam proses tumbesaran badan seseorang manusia, akan terjadi beberapa perubahan yang tidak dapat dielakkan. Setiap daripada kita akan melalui dan mengalaminya.

1- Sewaktu akil baligh, badan kita akan mula menghasilkan hormon Testosterone – inilah yang membezakan perbezaan antara jantina lelaki dan perempuan.

2-Terdapat sejenis enzim yang akan menukarkan Testoterone kepada Dihydrotestosterone.

3- Dihydrotestosterone akan mengaktifkan kelenjar minyak untuk menghasilkan minyak atau sebum.

4- Dalam kelenjar yang cenderung untuk terjadinya jerawat, akan mencetuskan Retention
    Hyperkeratosis yang menyebabkan jerawat.

dapatkan rawatan segera...

Mengapa Jerawat Berlaku?

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan serangan jerawat. Berikut adalah sebahagian daripada faktor-faktor tersebut:

  1.  Stress –Kajian menunjukkan stress merupakan penyumbang sebanyak 70 peratus daripada  sebab-sebab terjadinya flare up jerawat..

  2. Matahari – Cahaya ultraviolet matahari boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat lebih banyak pada sesetengah individu.

  3. Iklim – Iklim khatulistiwa seperti yang kita alami akan menyebabkan kita berpeluh sentiasa dan ini akan menyebabkan liang/kelenjar lebih senang tersumbat.

  4. Tekanan dan geseran – Tanpa kita sedari, bahagian kulit muka yang mengalami tekanan dan geseran juga akan lebih mudah terkena jerawat.
  5. Picking – Picking maksudnya bila tangan kita tu suka pegang, garu dan kopek jerawat. Ini juga adalah satu sebab utama jerawat susah sembuh dan senang berparut.

  6. Diet –“Bila saya makan udang atau apa-apa makanan laut, mesti jerawat saya akan naik dengan banyak.” Sebenarnya, bukanlah disebabkan udang tersebut atau makanan laut tetapi disebabkan kandungan iodine yang tinggi terkandung di dalam udang atau lain-lain makanan yang berasaskan laut.

  7. Kitaran haid – Kitaran haid akan menyebabkan perubahan hormon pada badan setiap bulan. Keadaan ini juga mempengaruhi jerawat.

    dapatkan ebook segera

    Testimoni

    “Saya mengalami masalah jerawat sejak tingkatan satu. Saya tidak pernah peduli dengan penjagaan kulit kerana tiada orang yang menasihati. Sejak kerja, jerawat semakin teruk dan saya mula mencari tempat untuk rawatan. Secara tidak sengaja saya ternampak Klinik Doktor Hasseenah dan terus buat temujanji. Rawatan pertama memang sakit tapi mula menampakkan perubahan. Selepas 4 kali rawatan, walaupun terpaksa berbelanja lebih tapi saya puas hati. Masalah jerawat dah berkurang dan kulit kembali normal. Terima kasih doktor!”
    Nurul Haanim
    Perunding Insurans

    ....................................................................................................................


    “Dulu saya mengalami masalah jerawat batu yang teruk di muka. Jerawatnya berair, bernanah dan kadang-kadang ada yang berdarah. Muka rasa gatal-gatal dan sakit apabila ditekan. Keadaan ini membuat saya rasa sungguh tidak selesa, tambahan lagi apabila guru-guru di sekolah mula menegur tentang jerawat saya.

    Kini Alhamdulillah setelah menjalani rawatan di Klinik Jerawat dan Jeragat Dr Hasseenah muka saya sudah tidak kelihatan kemerahan lagi. Kaedah rawatannya cukup mudah dan berkesan. Saya sangat berpuashati dan gembira apabila ada rakan mengatakan bahawa muka saya sudah licin. Terima kasih doktor.”
    Muhammad Afiq bin Salehuddin
    Pelajar

    ..........................................................................................................................

    dapatkan segera daripada Dr Hasseenah


    Mengenai Dr Hasseenah                                                 

    Dr Hassenah Hassan telah berkhidmat sebagai seorang doktor selama hampir 20 tahun. Beliau mempunyai klinik sendiri yang beroperasi di Shah Alam selama lebih 11 tahun. Beliau mendapat sarjana kedoktoran (MD) dari University Sains Malaysia. Beliau juga memegang Certificate Course in Dermatology (AFPM) dan Diplomate American Academy of Restorative and Aesthetic Medicine (AARAM).

    Selama 5 tahun kebelakangan, Dr Hasseenah telah menumpukan perhatian beliau kepada jerawat. Dalam masa yang sama, beliau telah merawat lebih daripada 1,200 pesakit yang mempunyai masalah jerawat. Beliau juga telah mengeluarkan produk rawatan jerawat di atas jenama Dr Hasseenah.

    dapatkan ebook segera!!

0 comments:

Post a Comment